Alor Setar , 15 Mei 2024 - Berlangsungnya Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kota Setar bertempat di Dewan Teratai, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah . Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kota Setar dan Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar.
Antara pengisian adalah Bacaan Ikrar Belia Malaysia yang diketuai oleh Encik Amirul Firdaus Bin Ahmad Farid selaku Timbalan Pengerusi Kelab Rakan Muda Parlimen Alor Setar. Selain itu, terdapat Slot Enterpreneur Pocket Talk bersama Founder Raifili World, Slot Motivasi โCabaran Belia Dalam Mendepani Masa Depanโ bersama Prof Madya Dr Kamarul Azman Bin Khamis serta Persembahan Akustik oleh Wira Band dan Tarian Zapin oleh Rentak Astarian KPTM Alor Setar. Perasmian Program telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Ybhg Tuan Haji Hakim Ariff Bin Md Noor SDK.,AMK., BCK.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Najiah Binti Adnan turut hadir bagi mewakili Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar.