Berita Kampus

Previous Next

17 Mei 2024 | 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗙𝗜𝗘𝗦𝗧𝗔 𝟯𝗥: 𝗙𝗨𝗡 𝗥𝗨𝗡 𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧'𝗦 & 𝗥𝗘𝗖𝗬𝗖𝗟𝗘 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗞𝗣𝗧𝗠 𝗔𝗟𝗢𝗥 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗥, 𝗧𝗡𝗕 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗪𝗖𝗢𝗥𝗣

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗙𝗜𝗘𝗦𝗧𝗔 𝟯𝗥: 𝗙𝗨𝗡 𝗥𝗨𝗡 𝗟𝗜𝗚𝗛𝗧'𝗦 & 𝗥𝗘𝗖𝗬𝗖𝗟𝗘 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗞𝗣𝗧𝗠 𝗔𝗟𝗢𝗥 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗥, 𝗧𝗡𝗕 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗪𝗖𝗢𝗥𝗣
17 Mei 2024 | Perkarangan TNB Alor Setar
Program Fun Run Light's & Recycle 2024 merupakan aktiviti riadah yang dijalankan bersempena 75 tahun penubuhan TNB. Aktiviti larian santai 6.5 kilometer di sekitar bandaraya Alor Setar ini bukan sahaja diadakan pada sebelah malam malah yang paling menarik aktiviti ini menggabungkan promosi Kempen Kitar Semula 3R (Reduce, Reuse & Recycle) Peringkat Negeri Kedah yang diadakan pada sebelah siang.
Program sebegini dapat mendidik masyarakat mengamalkan budaya 3R, menyokong inisiatif kelestrian sosial dan mengeratkan hubungan silaturrahim sambil beriadah.
Majlis Pelancaran Program Fun Run Light's & Recycle telah disempurnakan oleh YB Exco Sukan Negeri Kedah iaitu YB Tn Haji Muhammad Radhi bin Mat Din. Turut hadir dalam majlis ini Pengurus Besar TNB Kedah & Perlis, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kedah, Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman Group of Companies, Pengarah KPTM Alor Setar dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah
Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang bertungkus-lumus merealisasikan program pada malam ini. Semoga kerjasama strategik ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat 1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)