26 Oktober 2024 - Majlis Perasmian Hari Semarak Muzium @ Kota Kuala Kedah telah berlangsung di pekarangan Muzium Kota Kuala Kedah dengan penuh gilang gemilang. Hari Semarak telah diadakan selama 2 hari iaitu 25 & 26 Oktober 2024.
Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datoโ Haji Mohd Salleh bin Saidin, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah. Turut hadir YBhg. Datuk Kamarul Bahrin bin A. Kassim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Cik Nor Asmah binti Said, Pengarah KPTM Alor Setar, Encik Mohd Razaimi bin Hamat, Timbalan Ketua Pengarah Permuziuman Jabatan Muzium Malaysia.
Program ini bertujuan menyemarakkan warisan budaya dan tradisi tempatan dengan melibatkan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran, jualan demonstrasi, persembahan kebudayaan, peragaan pakaian serta pertandingan sukan rakyat.
Peragaan Pakaian Tradisional Melayu telah dihadiri 702 peserta dan memecah rekod Malaysia Book of Record. Penyerahan Sijil Malaysia Book of Record telah diserahkan kepada Pengarah KPTM Alor Setar
Semoga program ini membawa manfaat dan dapat mengeratkan perpaduan kepada semua yang hadir.
#NurturingExcellence
#kptmas
#kptmalorsetar
#muziumkotakualakedah