Beliau merupakan pemilik dan pengarah urusan iFix Express iaitu rangkaian perniagaan yang pakar dalam perkhidmatan membaiki telefon pintar. Dengan usaha gigih dan ilmu yang diperoleh semasa di KPTM Alor Setar, beliau berjaya mengembangkan perniagaannya ke empat lokasi strategik iaitu Alor Setar, Changlun, Pendang, dan Pokok Sena.
Keberanian Saudara Mohamad Suhail untuk menceburi bidang keusahawanan terbukti dengan kesungguhan beliau menghadiri kursus usahawan membaiki telefon pintar di Indonesia.
Beliau juga telah dilantik sebagai Ikon Usahawan KPTM Alor Setar atas kejayaan luar biasanya, sekaligus menjadi inspirasi kepada para pelajar dan graduan KPTM Alor Setar untuk terus maju dalam bidang pilihan masing-masing.
Semasa sesi perjumpaan Program Jejak Alumni, Saudara Mohamad Suhail berkongsi perjalanan dan pengalaman beliau membina perniagaan dari bawah sehingga berjaya mengendalikan empat cawangan iFix Express.
Beliau menekankan pentingnya kecekapan dalam menguruskan perniagaan, kesungguhan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, serta keberanian untuk berinovasi dalam menghadapi cabaran industri.
KPTM Alor Setar berbangga dengan pencapaian Saudara Mohamad Suhail dan berharap kisah kejayaannya dapat menyuntik semangat kepada pelajar dan alumni untuk melakar kejayaan dalam bidang masing-masing.