Berita Kampus

Previous Next

10 Februari 2025| π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—žπ—˜ π—£π—˜π—π—”π—•π—”π—§ π——π—”π—˜π—₯𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗑 𝗧𝗔𝗑𝗔𝗛 π—žπ—¨π—•π—”π—‘π—š 𝗣𝗔𝗦𝗨

10 Februari 2025 – Pengarah Kolej Poly-Tech Mara Alor Setar, Cik Nor Asmah binti Said telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas Dr. Mohd Rezal bin Dato’ Paduka Haji Rasli, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah), di Pejabat Daerah Dan Tanah Kubang Pasu.
Kunjungan ini adalah bertujuan untuk suai kenal antara kedua-dua belah pihak bagi mengeratkan hubungan kerjasama antara Kolej Poly-Tech Mara Alor Setar (KPTMAS) dan Dr. Mohd Rezal bin Dato’ Paduka Haji Rasli sebagai Lembaga Pengelola di KPTMAS.
Turut bersama dalam sesi kunjungan tersebut ialah Encik Khairul Azman bin Mohamed Kasim, Pengurus Kanan, Menjalankan Tugas Timbalan Pengarah, Seksyen Pentadbiran Bahagian Operasi dan Puan Siti Fadhilah binti Shuid, Ketua Unit Kolaborasi.
Semoga kunjungan ini membuka ruang untuk sinergi yang lebih erat dalam usaha memperkasakan pendidikan serta pembangunan setempat.
#nextlevelofexcellence
#kptm
#kptmas
#pejabattanahdaerahkubangpasu

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat Bawah,1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)