8 Februari 2025 (E-Arena Clash by E-Sport League)
Seramai 31 orang pelajar Semester 5, Diploma Pengurusan Pejabat di bawah bimbingan penasihat program Encik Muhammad Hafiz Hamdi bin Radzi telah menganjurkan Program E-Arena Clash yang telah berlangsung di KPTM Alor Setar.
Objektif program ini adalah untuk mempromosikan industri e-Sukan dalam kalangan pelajar KPTM Alor Setar serta membuka peluang kepada mereka untuk mengasah bakat dan juga kemahiran dalam bidang permainan digital. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan daya saing secara sihat di antara pelajar serta menggalakkan semangat kesukanan dan kerjasama dalam pasukan.
Antara pengisian program tersebut adalah pertandingan e-Sukan PlayerUnknownβs Battlegrounds (PUBG Mobile) dan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) di mana ianya adalah permainan yang popular pada masa kini. Seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Semoga program e-Sukan ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih aktif dalam dunia e-Sukan serta membuka peluang untuk meneroka kerjaya dalam industri yang semakin berkembang pesat ini.
#AO101
#esportleague
#organizingevent
#nle30
#nextlevelofexcellence
#kptmas
#kptmalorsetar
#kptmgemilang