UniKL dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Alor Setar dan Kota Bahru, Kolej Vokasional Besut dan Port Dickson telah menganjurkan satu Pertandingan Video TikTok yang bertujuan untuk mempromosikan tempat-tempat pelancongan menarik di Malaysia.
Keputusan pertandingan menyaksikan UniKL merangkul Tempat Pertama, manakala Tempat Kedua dan Ketiga dimenangi oleh pelajar-pelajar dari KPTM Alor Setar. Para pemenang menerima wang tunai serta cenderamata istimewa daripada UniKL dan DBKL sebagai penghargaan atas usaha dan kreativiti mereka.
Pelajar semester 4 Diploma Pengurusan Pelancongan daripada KPTM Alor Setar, Siti Hasya Damia bersama ahli kumpulan beliau, Nur Fatini Zulaikha, Amyra Rusydina, Nur Ain Saffiya dan Nur Adriana Syaza telah berjaya merangkul tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300 beserta cenderamata. Sementara itu, pelajar semester 5, Nur Adriana Maisarah daripada program dan institusi yang sama, mendapat tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200 beserta cenderamata daripada UniKL dan DBKL.
Pertandingan ini bukan sahaja mencungkil bakat para pelajar dalam penghasilan kandungan digital, malah turut membantu dalam mempromosikan sektor pelancongan negara secara kreatif dan efektif melalui platform media sosial.
Tahniah!