17 Mei 2025: Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA)2025 bertempat di Aman Central Alor Setar merupakan program terbaik untuk pelajar, ibu bapa, dan masyarakat mendapatkan maklumat menyeluruh mengenai peluang pendidikan yang ditawarkan oleh Institusi Pendidikan MARA
Melalui karnival ini, pengunjung berpeluang untuk:
• Mendekati lebih 20 institusi pendidikan di bawah MARA
• Meneroka pelbagai program pengajian dari peringkat sijil hingga ke ijazah, termasuk bidang teknikal, vokasional, profesional dan keusahawanan.
• Berinteraksi terus dengan wakil institusi dan mendapatkan khidmat nasihat berkaitan syarat kemasukan, laluan kerjaya dan penajaan pendidikan.
#kptm
#kptmas
#karnivalinstitusipendidikanmara