Berita Kampus

Previous Next

3 Jun 2025| 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗸𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗞𝗼𝗹𝗲𝗷 𝗣𝗼𝗹𝘆-𝗧𝗲𝗰𝗵 𝗠𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗦𝗲𝘁𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝘂𝘀𝘁𝗮𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵

3 Jun 2025, Majlis penyerahan buku dan artikel telah diadakan antara Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar (KPTMAS) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK). Majlis ini merupakan simbolik kepada usaha kolaboratif dalam memperkukuh jaringan ilmu antara institusi pendidikan tinggi dan institusi perpustakaan awam di negeri Kedah.
Tujuan utama penyerahan ini adalah untuk memperkaya koleksi bahan rujukan dan bacaan di PPAK, seterusnya menyokong inisiatif pembangunan literasi dalam kalangan masyarakat serta menyumbang kepada agenda pengembangan ilmu dan penyelidikan.
Pihak PPAK diwakili oleh Pengarahnya, Encik Shahizan Affandi bin Zakaria; Puan Norshahila binti Hashim; serta tiga lagi pegawai daripada PPAK. Manakala delegasi daripada KPTM Alor Setar pula terdiri daripada Pengarah KPTM Alor Setar, Cik Nor Asmah binti Said; Timbalan Pengarah Akademik, Puan Marsita binti Ismail; serta tiga lagi pegawai daripada KPTM Alor Setar.
Majlis ini memperlihatkan komitmen berterusan KPTM Alor Setar dalam menyumbang kepada pembangunan ilmu dan masyarakat melalui perkongsian sumber bacaan serta hasil penulisan ilmiah. Semoga usaha murni ini dapat memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan memperkukuh budaya membaca serta penyelidikan dalam kalangan rakyat negeri Kedah.
#kptm
#kptmas
#nextlevelofexcellence

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat Bawah,1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)