Berita Kampus

Previous Next

10 Jun 2025| ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ฅ "๐“๐ž๐ฆ๐š๐ง ๐‰๐ข๐ฐ๐š ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ" ๐Š๐๐“๐Œ ๐€๐ฅ๐จ๐ซ ๐’๐ž๐ญ๐š๐ซ

Program Kesihatan Mental โ€œTeman Jiwa Kampusโ€ telah berjaya dilaksanakan pada hari ini dengan kehadiran seramai 174 pelajar. Program ini dianjurkan oleh Kelab Pembimbing Rakan Siswa dengan kerjasama Unit Kaunseling, KPTM Alor Setar.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan kepentingan memelihara kesejahteraan mental, disamping memupuk persekitaran yang sihat dan positif serta mewujudkan sistem sokongan yang baik dalam kalangan pelajar.
Pelbagai aktiviti interaktif telah dijalankan melalui 5 stesen, iaitu:
Stesen 1: Noktah Minda Sihat
โ€“ Ujian saringan kesihatan mental untuk menilai tahap kesejahteraan psikologi peserta.
Stesen 2: Sudut Larik Hati
โ€“ Ekspresi mood dan emosi harian melalui paparan visual kreatif.
Stesen 3: Ruang Kata Jiwa
โ€“ Pemilihan kad kata-kata positif sebagai suntikan semangat dan motivasi.
Stesen 4: Balang Hasrat
โ€“ Aktiviti membalut bunga segar dan menulis hasrat peribadi untuk dimasukkan ke dalam โ€œBalang Impianโ€.
Stesen 5: Lipat Lara
โ€“ Aktiviti melipat origami sebagai simbol refleksi diri dan ketenangan emosi.
Diharapkan penganjuran program ini dapat memberikan satu pengalaman berharga dan semangat yang positif kepada para pelajar yang akan menduduki Peperiksaan Akhir tidak lama lagi.
#kptm
#kptmas
#nextlevelofexcellence

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat Bawah,1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)