Pihak Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Alor Setar merakamkan doa dan harapan agar perjalanan rombongan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ke Songkhla, Thailand berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Rombongan ini diketuai oleh dua orang pegawai pengiring, iaitu Ustaz Khairul Anuar bin Ahmad dan Puan Nur Asikin binti Mohd Nooruldin yang merupakan pensyarah Jabatan Pengajian Umum, bersama-sama 10 orang pelajar yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat Antarabangsa.
Antara pengisian utama misi ini ialah penyerahan sumbangan berbentuk buku ilmiah berunsur agama, beberapa naskhah al-Quran serta wang tunai kepada pihak Songkhla Islamic Private School Association (SIPSA). Delegasi turut akan menjalankan pelbagai aktiviti bersama komuniti setempat serta memperkenalkan dan mempromosikan KPTM Alor Setar kepada pelajar sekolah menengah di kawasan tersebut.
Untuk makluman, rombongan ini telah selamat bertolak dari Asrama Siswa pada jam 5.35 pagi, 2 Julai 2025.
Semoga segala urusan mereka dipermudahkan, diberkati dan dilindungi sepanjang misi berlangsung. Pihak kolej amat berbangga dengan usaha murni ini yang bukan sahaja memupuk semangat kesukarelawanan, malah mengharumkan nama institusi di peringkat antarabangsa.
#kptmas
#jommasukkptmas
#nextlevelofexcellent
#jommasukkptmas
#csrantarabangsa
#sipsa
#songkhla