11 Julai 2025 – Program Khidmat Masyarakat Memasak Bubur Asyura bersama komuniti setempat di Surau An Naim, Taman Kelisa telah dijalankan dalam suasana penuh harmoni ini bertujuan mengukuhkan hubungan silaturahim antara pelajar institusi dan penduduk setempat, selain memupuk nilai kerjasama, sukarelawan dan semangat kebersamaan dalam kalangan pelajar.
Aktiviti bermula seawal jam 9.30 pagi dan melibatkan penglibatan aktif pelajar asrama, termasuk Majlis Perwakilan Kediaman dan pelajar Semester 1 Sesi Julai 2025. Mereka berganding bahu bersama ahli jawatankuasa surau dan penduduk setempat dalam penyediaan bubur Asyura secara bergotong-royong.
Turut hadir memberikan sokongan ialah Pengarah KPTM Alor Setar, Cik Asmah binti Said, yang menyatakan penghargaan atas inisiatif murni ini dan berharap ia dapat diteruskan sebagai platform pembentukan sahsiah dan hubungan dua hala yang positif antara pelajar dan komuniti.
Sebanyak tiga kawah bubur Asyura telah dimasak dan diagihkan kepada jemaah serta penduduk sekitar. Program ini mendapat sambutan hangat daripada pihak surau yang turut menzahirkan harapan agar usaha sebegini diteruskan secara berkala.
Program seumpama ini mencerminkan komitmen KPTM Alor Setar dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik, malah seimbang dari segi nilai kemasyarakatan dan keterlibatan sosial.
#kptmas
#jommasukkptm
#mpkkptmas
#programbuburasyura
#nextlevelofexcellence