Berita Kampus

Previous Next

27 JULAI 2025| 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐊𝐏𝐓𝐌 𝐀𝐋𝐎𝐑 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 – 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓!

Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar telah menunjukkan prestasi membanggakan dengan meraih Tempat Ketiga Keseluruhan dalam Kejohanan Sukan Rakyat KPTM Se-Malaysia (SUKRA) 2025 yang telah berlangsung pada 25 hingga 27 Julai 2025 di KPTM Kuantan, Pahang. Tempat Pertama dan Kedua keseluruhan disandang oleh KPTM Bangi dan KPTM Kuantan.
Sebanyak 8 acara sukan rakyat telah dipertandingkan, dan berikut adalah pencapaian rasmi pasukan KPTM Alor Setar:
🏆 KEPUTUSAN RASMI SUKRA 2025
🔹 Terompah Gergasi – Juara 🥇
🔹 Galah Panjang (Wanita) – Tempat Ketiga 🥉
🔹 Kelereng (Wanita) – Naib Johan 🥈
🔹 Kelereng (Lelaki) – Tempat Ketiga 🥉
🔹 Batu Seremban – Tempat Ketiga 🥉
🔹 Tuju Tin – Tempat Ketiga 🥉
🔹 Dam Haji (Lelaki) – Naib Johan 🥈
🔹 Dam Haji (Wanita) – Naib Johan 🥈
Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha gigih, kerjasama erat dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan atlet serta seluruh kontinjen KPTM Alor Setar. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini.
Semoga kejayaan ini terus membakar semangat pelajar KPTM Alor Setar untuk terus cemerlang dalam bidang kokurikulum dan sahsiah.
#SUKRA2025
#KPTMAlorSetar
#TempatKetigaKeseluruhan
#sukanrakyatkptm
#SUKRA25
#EagleWarrior
#loqstaqpantangkalah

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat Bawah,1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)