Berita Kampus

Previous Next

12 OGOS 2025 |𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗙𝗶𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗮𝘆𝗮𝗸 𝗸𝗲 𝗣𝘂𝘀𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗪𝗼𝗿𝗹𝗱𝗦𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 (𝗪𝗦𝗠𝗕) 𝟮𝟬𝟮𝟱!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Muhammad Irfan bin Rusli, pelajar Diploma in Computer Science, KPTM Alor Setar, kerana melakar pencapaian hebat sebagai salah seorang daripada 10 finalis yang layak ke peringkat akhir dalam kategori IT Network System Administration (ITNSA) di WorldSkills Malaysia Belia 2025!
Bagi kategori ITNSA, pertandingan pra-kelayakan berlangsung dalam dua pusingan:
📍 Pusingan 1 – Packet Tracer Network Configuration selama 2 jam, melibatkan 124 peserta dari pelbagai institusi seluruh negara.
📍 Pusingan 2 – Hanya 48 peserta terbaik sahaja layak untuk ujian Windows & Linux Server Configuration berlangsung selama 3 jam.
Kedua-dua pusingan ini telah berlangsung di UTeM, Melaka pada 2 Julai 2025 yang lalu.
Pencapaian ini membuktikan dedikasi, kemahiran, dan usaha gigih Irfan dalam bidang rangkaian komputer serta pentadbiran sistem. Kini, beliau bakal bersaing bersama peserta terbaik dari seluruh Malaysia di peringkat akhir.
💪 All the best, Irfan! Harumkan nama KPTM Alor Setar di peringkat yang lebih tinggi.
#WSMB2025 #WorldSkillsMalaysiaBelia #KPTMAlorSetar #ITNSA #DiplomaInComputerScience

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat Bawah,1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)