Pada 29 Julai 2025 - Satu langkah strategik telah dimeterai antara Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar (KPTMAS) dan Kedah Industrial Skills and Management Development Centre (KISMEC), Sungai Petani melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasa bidang pendidikan teknikal dan pembangunan kemahiran industri.
Majlis MoU ini telah disempurnakan dengan kehadiran barisan penting dari kedua-dua pihak:
🔹 Tuan Haji Mohd Yusuri Yusof, Pengarah Eksekutif, KISMEC
🔹 En. Kamal Harmoni Kamal Ariff, Penolong Pengurus Besar merangkap Ketua Operasi, KISMEC Sungai Petani
🔹 Cik Nor Asmah binti Said, Pengarah KPTMAS
🔹 Puan Marsita binti Ismail, Timbalan Pengarah Akademik KPTMAS
Kerjasama ini bakal membuka ruang luas kepada pelajar dan pensyarah KPTMAS untuk meneroka latihan industri, pemindahan ilmu serta pelbagai inisiatif pembangunan profesional selaras dengan keperluan semasa industri.
Turut hadir dalam majlis ini, seramai 27 orang pelajar Diploma in Computer Science (CC104), Semester 6 yang turut diberi peluang melawat fasiliti dan operasi KISMEC sebagai sebahagian daripada pendedahan awal ke alam pekerjaan dan latihan industri.