Berita Kampus

Previous Next

17 SEPTEMBER 2025| 𝐊𝐞𝐦 𝐀𝐭𝐥𝐞𝐭 𝐊𝐏𝐓𝐌 𝐀𝐥𝐨𝐫 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐫 – 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐉𝐮𝐚𝐫𝐚!

Bersempena persiapan menuju SUPTEM X 2025, Kem Atlet KPTM Alor Setar telah diadakan pada 17 September 2025 (Rabu) bertempat di Kompleks Belia & Sukan Negeri Kedah bermula jam 2.00 petang.
Kem ini bertujuan untuk membangkitkan semangat juang atlet serta menyatukan pasukan sebelum berangkat ke SUPTEM X di KPTM Bangi. Antara pengisian utama sepanjang kem ialah:
✅ Modul Latihan Berpasukan & Motivasi
✅ Amanat & Taklimat SUPTEM X
✅ Majlis Penyerahan Jersi Pasukan bersama penaja
✅ Penyerahan Simbolik Bendera Kontinjen Eagle Warrior
✅ Bacaan Ikrar Atlet
Kemudian acara diakhiri dengan Majlis Penutup yang disempurnakan oleh Pengarah, disaksikan oleh para pengurus, penaja jersi iaitu syarikat Boomlifestyle, alumni KPTM AS Taste4Coffee dan BootsMania serta atlet dari pelbagai acara sukan.
Dengan penganjuran kem ini, diharapkan kontinjen Eagle Warrior KPTM Alor Setar dapat mengekalkan disiplin, semangat berpasukan dan keyakinan tinggi untuk melakar kejayaan di SUPTEM X.
#SemangatJuara
#EagleWarrior
#SUPTEMX2025
#KPTMAlorSetar
#nextlevelofexcellence
#tasteforcoffee
#boomlifestyle
#bootsmania
#teammediaKPTMAS
#hepkptmas

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat Bawah,1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)