Berita Kampus

Previous Next

20 SEPTEMBER 2025| ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—•๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ก๐—” ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—ฃ๐—ง๐—  ๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—”๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

๐Ÿ—“๏ธ 20 September 2025 I 10:00 pagi hingga 5:00 petang
๐Ÿ“Star Parade Mall, Alor Setar
Bayang Warna Anak Negeri KPTM Alor Setar 2025 merupakan inisiatif pelajar Semester AO6.2 di bawah kursus POM3343. Objektif program ini untuk memeriahkan sambutan Hari Malaysia dengan tema tradisional, dalam suasana santai dan menarik, serta memberi ruang kepada pelajar dan masyarakat umum menonjolkan bakat mereka dalam dunia solekan, reka cipta dan nyanyian bertemakan kemerdekaan dan juga patriotik.
Turut hadir barisan pensyarah AO serta penilai program iaitu Cik Nur Zarifah binti Mohamad Nazri dan Cik Nur Munirah Binti Sani. Program turut memberi penghargaan kepada Puan Aniss Yusairah Bt Abd Kadir, Puan Nur Izzati binti Shahidan @ Shadian, Cik Farah Nadia binti Mohammad Roslan, Cik Nur Athirah binti Asri, Puan Siti Zaiton binti Mohd Dali dan juga Cik Hasnah binti Am Abdul Aziz, yang merupakan barisan juri jemputan bagi pertandingan reka cipta monumen kemerdekaan, pertandingan solekan tema kemerdekaan dan juga pertandingan nyanyian lagu tema patriotik.
Majlis penutupan dimulakan dengan ucapan oleh Saudari Puteri Insyirah binti Md Shafie, selaku Ketua Program Bayang Warna Anak Negeri. Ucapan daripada Penasihat Program iaitu Encik Muhammad Ridhwan bin Mat Zaki. Seterusnya, majlis penutupan dirasmikan oleh Cik Nazahiyah binti Saad, Ketua Program Diploma Pengurusan Pejabat KPTM Alor Setar, melalui ucapan alu-aluan dan persembahan gimik. Seterusnya dimeriahkan dengan acara penyampaian hadiah bagi semua pemenang pertandingan.
Pihak penganjur juga ingin memohon maaf atas kekurangan sepanjang program berlangsung. Diharapkan program ini memberi peluang kepada pelajar dan juga masyarakat untuk mempamerkan identiti budaya Malaysia melalui kreativiti mereka sendiri dengan menyertai aktiviti dan pertandingan. Melalui aktiviti seperti nyanyian, solekan bertemakan patriotik dan reka cipta, acara ini memberi peluang kepada peserta untuk menjadi kreatif di samping membina rasa bangga dan cinta akan negara.
#kptmas #bayangwarnaanaknegeri2025 #heakptmas #AO6.2

Alamat Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Tingkat Bawah,1, 2 & 3,

Kompleks Perniagaan MARA,

Seberang Jalan Putra, 05150,

Alor Setar, Kedah

04-730 9255@04-730 9257 (Pejabat)
 04-7313806 @019-2419818/013-2888050 (Hotline Seksyen Pemasaran & Pengambilan Pelajar)