𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐢𝐀𝐌: 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤 & 𝐌𝐨𝐦𝐞𝐧𝐭𝐮𝐦 | 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐅𝐨𝐤𝐮𝐬, 𝐊𝐮𝐤𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐌𝐚𝐧𝐚𝐠𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭 𝐂𝐥𝐮𝐛 𝟐𝟎𝟐𝟔
Program iAM: Akademik & Momentum telah berjaya dianjurkan pada 24 Januari 2026 (Sabtu) di KPTM Alor Setar dengan penyertaan seramai 50 orang pelajar Program Diploma in Business Management semester 2 hingga 5.
Program ini menampilkan penceramah motivasi terkenal, Encik Mohd Farhaan bin Rahmat, yang menyampaikan perkongsian berimpak tinggi bagi membangkitkan semula fokus, keyakinan diri dan momentum akademik pelajar dalam menghadapi cabaran pengajian.
Melalui pengisian yang inspiratif dan interaktif, para peserta didorong untuk menetapkan hala tuju yang lebih jelas, membina disiplin pembelajaran serta menanam sikap positif ke arah kecemerlangan akademik di KPTM.
Semoga program ini menjadi titik tolak kepada perubahan yang konsisten dan pencapaian yang lebih cemerlang dalam kalangan pelajar.
#ProgramiAM
#AkademikDanMomentum
#BuildYourMomentum
#DiplomaBusinessManagement
#KPTMAlorSetar
#hepkptmas
#businessmanagemengclub
#nextlevelofexcellence







