🌟ALOR SETAR ADVENTURE HUNT 2026 — DIRASMIKAN OLEH KEDAH TOURISM! 🌟
Program Alor Setar Adventure Hunt 2026 berlangsung dengan penuh semangat dan meriah, menghimpunkan para peserta yang bersedia meneroka bandar raya Alor Setar melalui cabaran yang kreatif dan mencabar minda.
Acara ini dirasmikan oleh Encik Mohd Azril Bin Shafie, Pegawai Penyelaras Acara Pelancongan (Tourism Event Coordinator Officer) daripada Kedah Tourism, sebagai tanda sokongan terhadap usaha generasi muda dalam mempromosikan sektor pelancongan negeri.
Program ini dianjurkan oleh pelajar Semester 5, Diploma Pengurusan Pelancongan, KPTM Alor Setar, yang komited memperkenalkan keunikan Alor Setar melalui aktiviti berkonsepkan adventure hunt.
✨ Nilai & Impak Program:
• Meneroka mercu tanda dan sejarah Alor Setar
• Mengasah kemahiran kerja berpasukan
• Menguji pemikiran kritis & penyelesaian masalah
• Menggalakkan penglibatan aktif mahasiswa & mahasiswi dalam pelancongan domestik
• Menyemai rasa cinta terhadap khazanah negeri Kedah
Encik Mohd Azril turut menzahirkan rasa bangga terhadap inisiatif mahasiswa & mahasiswi yang berani menganjurkan program dinamik seperti ini, sekali gus menyumbang kepada kemeriahan sektor pelancongan negeri.
Tahniah kepada semua peserta yang menyahut cabaran, dan syabas kepada jawatankuasa penganjur atas penganjuran yang cemerlang.
#ASAdventureHunt2026
#KPTMAlorSetar
#TourismManagement
#KedahTourism
#ExploreAlorSetar
#YouthInTourism







